9 Tanda-tanda Perawat Mungkar

Antara tanda-tanda seseorang itu adalah seorang Perawat yang MUNGKAR; yang MENYAMAR, dan sebenarnya adalah seorang BOMOH, PAWANG atau DUKUN, yang menyesatkan umat Islam:

1) Sering menyentuh mana-mana bahagian badan Pesakit yang bukan muhrim, kononnya untuk tujuan pengubatan melalui ruqyah syar'iyah.

2) Suka bercakap besar, bangga diri, riak dan takbur di hadapan Pesakit, dengan kepandaian dan kehebatan ilmu yang dimilikinya.

3) Membaca jampi serapah dan bercampur-baur dengan bacaan Al-Quran semasa mengubati Pesakit.

4) Memberikan azimat, tangkal atau bacaan mentera kepada Pesakit untuk tujuan pengubatan.

5) Suka menunjuk-nunjuk secara berlebih-lebihan akan kealiman dan kehebatan diri melalui gelaran tinggi, mimpi berjumpa Nabi, pemakaian kopiah, serban, jubah, tasbih, minyak attar, celak, inai dan termasuklah janggut dan jambang yang panjang. Berhati-hatilah. NAMUN, bukan semua orang yang alim itu menipu.

6) Berupaya menggunakan kuasa ajaib luar biasa yang mampu berulang-ulang kali menyembuhkan penyakit sesiapa sahaja, yakni melalui sentuhan tangan, pembedahan, telur ayam atau menggunakan sesuatu seperti pisau lipat, keris kecil, kacip, badik, rantai, gelang, batu cincin, minyak tertentu dan sebagainya.

7) Menurun atau bercakap-cakap dengan pendamping ghoib yang ada pada dirinya seperti roh orang alim, khadam, haiwan, panglima, puteri, sunan, wali, malaikat dan sebagainya lagi; yang sudah pastinya adalah penipuan syaiton untuk menyesatkan manusia.

8) Sering menenung nasib Pesakit dan menceritakan tentang kemungkinan buruk masa depan Pesakit sekiranya sesuatu perbuatan itu tidak dilakukan seperti menjamu, ancak, sembahan, bayaran tertentu, syarat dan sebagainya.

9) Melakukan ritual-ritual tertentu seperti memasukkan tangan ke dalam mulut buaya, makan atau minum sesuatu yang najis, perbuatan yang khurafat dan sebagainya lagi; dengan tujuan kononnya untuk meninggikan ilmu pengubatan. (Ilmu pengubatan perlulah dikuasai dengan IMAN, ILMU dan AKAL yang berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.)

dan sebagainya lagi.. Wallahua'lam.


Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.