13 Sebab Penyakit Gangguan Jin Tidak Sembuh (Bhg 2)

8. TIADA IBADAH

    Rumah Pesakit tidak dihidupkan dengan aktiviti ibadah seperti Solat dan membaca Al-Quran setiap hari; siang dan malam.

    9. SUASANA RUMAH

      Suasana di dalam dan/atau di luar rumah Pesakit yang sentiasa kosong, suram, kotor, berhabuk, usang, busuk, lembab, tiada pengaliran udara dan sebagainya yang menggalakkan percambahan Tenaga Negatif (unsur Jin dan Syaiton).

      10. IKTIQAD, NIAT DAN PERBUATAN

        Iktiqad, Niat dan Perbuatan Pesakit dan/atau Perawat; secara disedari atau tidak disedari;  bertentangan dengan Syariat Islam.

        11. SAKA

        Gangguan jin yang berpunca dari salasilah keturunan (saka); yakni disebabkan oleh perbuatan jahat, amalan ilmu, perjanjian atau perbuatan sihir; ke atas atau oleh ibubapa, datuk nenek moyang Pesakit atau keturunan sejak beratus atau beribu tahun yang lampau.

        12. ORANG-ORANG SERUMAH

        Pesakit sering dilawati oleh atau tinggal serumah dengan orang-orang yang didampingi jin (samada disedari atau tidak).

        13. SERING PERGI KE TEMPAT DIDIAMI JIN

          Pesakit sering pergi ke tempat-tempat yang didiami oleh jin seperti kawasan hutan, air terjun, kedai makan yang menggunakan pelaris jin (tangkal, azimat, ilmu sesat dan sebagainya), tempat-tempat kotor, pasar dan sebagainya lagi.

          Dan banyak lagi faktor-faktor lain yang berkaitan dengan iman, ilmu, amal, akhlak dan  aqidah Pesakit, ahli keluarga Pesakit, orang yang merawat/mengubat Pesakit dan orang-orang yang berada di sekeliling Pesakit; yang mendorong jin untuk terus menganggu Pesakit. Wallahua’lam.

          Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "PELIHARALAH PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH, pasti kamu selalu berasakan kebersamaan Allah denganmu. INGATLAH ALLAH KETIKA ENGKAU SENANG, PASTI ALLAH MENGINGAT ENGKAU KETIKA ENGKAU DALAM KESUSAHAN." (HR Al-Tirmizi)

          Artikel tulisan: 
          Indera Saifullah Tahir

          PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

          5 komen

          • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

            Pusat Rawatan Al-Qayyum
          • Assalamualaikum ustaz,sy ingat bertanya mengenai rawatan islam utk sakit saya ni…dh 3 bln rasanya tpi sy juga ada ikhtiar sendiri dgn mengamalkan doa ruyqah utk diri sendiri saya harap ustaz dpt bantu sy sb kaki dan tapak tgn sakit jdi kering tiba2 sblm ni sy pernah sakit dan berubat.Perkara ini jadi sblm beberapa hr nak lockdown sy x bole jalan buat kerja2 rumah mlm x bole tido tgh malam start bdn abes gatal2 sy berharap ustaz dpt bantu saya.

            Nadia Abu bakar
          • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

            Pusat Rawatan Al-Qayyum
          • assalamualaikum ust,saya nak tanya,boleh tak buat rawatan jarak jauh

            fariq bin ariffin
          • Assalammualikum ustaz….saya dari Sabah Kalau Hati2 selalu berdbar2 Kenpa ustaz Boleh Tak Saya mnta no whatpp ustaz bnyk Perkara Saya Nak tau..

            Zumdata Binti Abd Manaf

          Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

          Nama .
          .
          Pendapat / Cadangan .

          Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.