13 Sebab Penyakit Gangguan Jin Tidak Sembuh (Bhg 1)

Ada banyak faktor yang menyebabkan gangguan jin (yang berpunca dari sihir, saka, lintasan atau ‘ain) tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Antaranya adalah seperti berikut:

1. UJIAN ALLAH SWT

Penyakit /Masalah yang dialami merupakan sebagai ujian, hikmah pengajaran, kifarah (pengampunan dosa-dosa lampau) dan peningkatan darjat ke atas diri Pesakit – dari Allah SWT; selagi Pesakit terus beriman dan bertaqwa hanya kepada Allah SWT.

“PATUTKAH MANUSIA MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), NYATA APA YANG DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)

2. TIADA KEYAKINAN

Tiada keyakinan sepenuhnya di dalam diri Pesakit terhadap Al-Quran dan tiada penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah SWT; Tuhan Maha Penyembuh segala Penyakit dan Masalah.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAHKU) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADAKU, agar mereka selalu BERADA DALAM KEBENARAN" (Al-Baqoroh: 186)

3. TIADA KESERASIAN

Tidak ada keserasian di antara ilmu Perawat dengan penyakit yang dirawat. Mungkin ilmu Perawat tidak mencukupi untuk menentang kekuatan jin (jin kelas pertama).

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI" (HR Al-Bukhori dan Muslim)

4. AMALAN PERAWAT

Berpunca dari Perawat yang mengamalkan amalan perubatan yang berdampingan dengan jin (khadam), samada disedari atau tidak disedari oleh Perawat. 

5. TANGKAL DI RUMAH

Diri Pesakit dan/atau rumah Pesakit yang masih didiami oleh jin – melalui kehadiran unsur-unsur yang disukai oleh jin seperti tangkal, azimat, rajah, barang-barang lama atau baru seperti keris, kacip, batu, kayu, buluh, rotan, apa-apa logam (besi, tembaga, perak atau emas), kain dan sebagainya; yang berunsur syirik, khurafat dan haram atau aktiviti ahli isirumah yang mungkar.

6. TAPAK RUMAH

Rumah Pesakit merupakan istana/rumah/sarang tempat tinggal jin sejak sebelum didirikan rumah lagi (bekas kawasan hutan, bukit, paya, kolam, lombong dan sebagainya).

7. LOKASI RUMAH

Rumah Pesakit berhampiran dengan kuil, sembahan orang kafir, kawasan perkuburan orang kafir, kawasan kotor, kawasan maksiat, sarang jin atau sebagainya lagi.

Bersambung

9 komen

  • Saya dah bawa pi hospital..makan ubat MCM2..tapi x da perubahan.

    Mohd Izlan bin ishak
  • Assalamualaikum..boleh kah ibu saya mendapat rawatan menggunakan ayat2 suci al quran.

    Mohd Izlan bin ishak
  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • Boleh scan simptom saya ustadz

    Sulaiman laibing
  • Bagaimana saya boleh dapatkan rawatan di alqayyum

    Mohd. Sufri Bin Puteh

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.