10 Tips Untuk Jadi Perawat Islam

Berikut adalah tips untuk mereka yang berminat untuk menjadi seorang Perawat Islam atau yang masih baru (bawah dari 10 tahun) dalam bidang Perubatan Islam. Sekadar perkongsian secara mudah dan bersifat umum sahaja. In shaa Allah.

1) Mesti ada keikhlasan, minat mendalam dan semangat tinggi untuk membantu orang yang dalam kesusahan dan kesakitan. Rasa keletihan dalam merawat itu adalah perkara biasa dan boleh diperbaiki dengan rutin harian yang betul.

2) Mesti ada kesabaran dalam menghadapi kerenah Pesakit, penyakit serta penghinaan, fitnah dari golongan munafik dan kafir. Fikiran harus panjang, jangan mudah melatah. Sebaiknya, mesti mengenal sifat-sifat Allah, manusia, makhluk serta alam. Bab mengenal ini bukan singkat tempohnya. Berpuluh tahun.

3) Mestilah sentiasa berpegang kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dalam apa jua keadaan dan ketika. Iktiqad, niat dan perbuatan mestilah berlandaskan syariat dan hukum syarak; di samping ilmu, iman dan akal.

4) Mesti berkemahiran dalam memastikan punca penyakit, samada dari gangguan jin atau sebab emosi dan fikiran bawah sedar (sub-conscious mind) atau lakonan manusia semata-mata.

5) Sekiranya merawat gangguan jin, mesti tahu spesies jin berkenaan dan punca gangguan samada dari sihir, saka, lintasan atau 'ain (pandangan mata) - supaya tindakan (rawatan) yang tepat dapat dilaksanakan DAN tidak membahayakan Pesakit dan Perawat sendiri.

6) Mesti terus menerus mempelajari dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam perihal penyakit dan rawatan kerana segala ilmu pengetahuan itu bersifat tiada penghujungnya, sehingga hari Kiamat. Ilmu itu tiada penamat. Yang ada penamat hanya apabila kita belajar dgn seseorang guru itu. Tamat belajar, bukan tamat ilmu.

7) Mesti mahir untuk mendinding dan mengubati diri sendiri dan anak-isteri dari segala ancaman, kerenah dan gangguan syaiton, jin dan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan dan memusnahkan Perawat.

8) Penyerahan diri bulat-bulat dan keyakinan hanya kepada Allah SWT dalam setiap saat: Maha Pencipta, Maha Penguasa sekelian alam. Yang Maha Berkuasa hanya Allah. Kesempurnaan (Maha Sempurna) hanya terletak pada Allah. Kita ini hanya makhluk yg lemah dan perlu sentiasa mencari keredhoan dan pertolongan dari Allah SWT setiap detik.

9) Jangan sesekali terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sahabat/pendamping dari golongan jin, walaupun yang mengaku Islam. Ini akan membuka laluan kepada tipu-daya syaiton, kesyirikan dan kemusnahan diri sendiri. Jangan sangka bila sudah beriman (kononnya), kita membiarkan diri menjadi alpa dan memandang rendah kepada kuasa kegelapan (iblis) - yang fitrahnya untuk sentiasa menyesatkan manusia hingga ke hari Kiamat. Jangan sampai kita mati tidak diterima bumi. Na'uzubillahi min zalik.

10) Mestilah sentiasa tunduk dan merendah diri serta setiap detik memohon taubat dari Allah SWT. Jangan memandang rendah, jangan menghina sesiapa. Jangan sesekali bercakap besar, ada sifat takbur, riak dan bongkak (sifat iblis) - antara sifat-sifat yang dimurkai Allah SWT. Jangan menunjuk-nunjuk kepandaian jika tiada urusan. Segala ilmu dan kekuatan adalah hak milik Allah SWT. Jika Allah boleh beri kelebihan, maka Allah boleh menariknya pada bila-bila masa. Wallahua'lam.

 

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

7 komen

  • Assalamualaikum ustaz,, bolehkah sy mempelajari ilmu perubatan.. dimanakah tempat sy untuk merujuk ilmu tersebut.

    Ayie
  • Asslm ustaz dan ustazah … Sy ateh klu org mcm sy pengkid nie boleh k nk belajar merawat rawatan islam… Sy berminat nk mendalami ilmu islam selain fardhu ain mengaji,tasauf.,y sy belajar melalui saluran google…klu dpt belajar secara berGuru lbh bagus klu ustaz dn ustazah sudi nk ajarkan sy ilmu agama secara berguru…tiada yg lbh baik ubat segala penyakit semua dr kalam Allah dlm ayt al quran y dipimpin nabi muhammad saw.
    T.kasih…..

    Atehgen
  • Selamat petang ustat, saya ada masalah penyakit mesteri nak tanya ustat.

    Lee Thian Keong
  • Assalamualaikum Ustaz sy nk tnya dlm 2 mggu ni sy ssh tdo kdang sy 2 ary x tdo.. Bdan sy smua rsa sakit.. Tapak kaki rsa mcm di cucuk2

    Norwaffa binti mardzuki
  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.